sklg1.zoom-a.com

[Sekolah Kebangsaan Lenggong]
[Sekolah Kebangsaan Lenggong 33400 Lenggong]
Tel : [05-7691221], Faks : [05-7691220]
e-mel : [sekolahlenggong]@[gmail]


LAMAN UTAMA
BERITA TERKINI
KATA ALU-ALUAN
VISI & MISI
FALSAFAH PENDIDIKAN
PANORAMA
GAMBAR SEJARAH
STAF AKADEMIK
STAF SOKONGAN
KEPUTUSAN UPSR
ASRAMA
AKTIVITI
BUKU PELAWAT
DOWNLOAD FILE
DOA SEKOLAH
ENROLMEN PELAJAR
KOKURIKULUM
KURIKULUM
PIBG
SEJARAH SEKOLAH
SLIDE SHOW GAMBAR
STAF AKADEMIK2
ANALISIS PEPERIKSAAN
 Selamat Datang Ke Portal Rasmi SK LENGGONG 

 Terima Kasih atas Kunjungan anda ke Portal Sekolah kami.Portal ini masih dalam pembinaan segala kesulitan amat dikesali

Makluman Penting

Untuk makluman semua pengunjung web info SK Lenggong ini, mulai dari sekarang, semua berita terkini berkaitan dengan aktiviti, peristiwa dan berita semasa SK Lenggong akan ditempatkan dibahagian Berita Terkini SK Lenggong. Para pengunjung boleh mendapatkan berita terkini berkaitan sekolah di alamat http://sklg1.zoom-a.com/pibg.html . Satu lagi makluman untuk, pihak webmaster telah membuka satu akuan Group Facebook dibawah nama 'Sekolah Kebangsaan Lenggong' untuk menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini berkaitan dengan aktiviti sekolah. Para pelajar, guru, bekas pelajar, penduduk setempat dan semua yang berminat, bolehlah menyertai kumpulan facebook ini. Banyak informasi, gambar dan video akan anda dapati disini.. Semoga SK Lenggong terus maju pada masa sekarang dan seterusnya. Terima Kasih

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Lenggong akan mengadakan Sambutan/Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 12.03.2010 (Jumaat). Sambutan akan dimulakan dengan perarakan murid bermula dari kawasan asrama ke dewan sekolah. Antara perancangan aktiviti sempena sambutan ini adalah ceramah dan pertandingan nasyid antara kelas. Semoga sambutan kali ini mendapat Reredhaan dan Rahmat dari yang Maha Esa. Amin....

Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke 54/2010

Pada tanggal 25 Februari 2010, telah dijalankan Temasya Olahraga Tahunan SK Lenggong dengan jayanya.. Pihak webmaster mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya. Bagi yang kurang bernasib baik... diharap cuba lagi tahun hadapan

Berdasarkan keputusan akhir pada jam 5.30 petang, Temasya kali ini berjaya didominasi oleh rumah MERAH. Kejayaan rumah Merah ini dilihat berjaya memecahkan penguasaan rumah Biru 6 tahun berturut-turut (2004 hingga 2009). Berikut adalah kedudukan rumah sukan selepas semua acara dijalankan:

  1. RUMAH MERAH
  2. RUMAH HIJAU
  3. RUMAH KUNING
  4. RUMAH BIRU

Sementara itu, Unit kokurikulm mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakan temasya kali ini. Budi dan jasa Tuan/Puan hanya Allah SWT sahaja yang dapat menbalasnya...

Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke 54/2010

Sekolah Kebangsaan Lenggong akan mengadakan Temasya Olahraga Tahunan Kali Ke 54 pada 25 Februari 2010 (Khamis). Temasya Kali ini mempertandingkan 35 acara secara keseluruhannya. Kesemua acara dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Sukaneka dan Olahraga. Pihak Sekolah Kebangsaan Lenggong mengalu-alukan kehadiran semua para ibubapa, bekas pelajar dan penduduk setempat ke Temasya Olahraga kali ini. Sukan Menjana Kesihatan Keseluruhan......


Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!! Atas Kejayaan Dalam UPSR2009


Dari Kiri Bawah : Saidatul Nadzirah, Siti Syahirah, Nur Aqilah, Farah Wahida, Nur Hidayah, YM Raja Azizur Rahman (Guru Besar), Nur Atikah, Mohd Asyraf, Mohd Azwan, Mohd Hafizi, Mohd Zafri Aiman
Dari Kiri Atas : Intan Syazleen, Hamidah, Noor Shafikah, Nur Zahirah, Aini Balqis, Anis Syazwani, Syed Safwan Hani, Meor Amir Ikhwan


Pihak Sekolah Kebangsaan Lenggong mengucapkan Tahniah kepada pelajar yang berjaya dalam UPSR 2009. Seramai 11 orang telah berjaya mencapai keputusan 5A dan 7 orang mencapai keputusan 4A 1B. Kepada yang berkurang berjaya, pihak sekolah mengharapkan kejayaan anda pada masa akan datang.... teruskan berusaha kerana penghujung kepada usaha adalah sebuah kejayaan.

Khatam Al-Quran dan Hari Anugerah SK Lenggong 2009

Pihak webmaster mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua tenaga kerja yang telah menjayaka Majlis Khatam Al-Quran dan Hari Anugerah SK Lenggong 2009. Tahniah juga diucapkan kepada penerima hadiah diatas kejayaan yang diperolehi.

Pihak Webmaster juga mengucapkan Tahniah kepada adik Muhamad Hafizi bin Hasan Basri dan Adik Siti Syahirah bt Ahmad Badli Sah diatas kejayaan terpilih sebagai Tokoh Murid Lelaki dan Perempuan SK Lenggong Tahun 2009. Semoga dengan pencapaian ini akan membangkitkan lagi semangat utuk adik mengapai cita-cita yang diimpikan. Tahniah sekali lagi.

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 2 (PKSR2)

Pihak webmaster mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar SK Lenggong dalam menduduki PKSR 2 yang dijalankan dari 26 hingga 30 Oktober 2009. Semoga anda semua memperolehi kejayaan. Amin


Majlis Pelancaran Bulan Bahasa

Pada Hari Isnin 19/10/2009

Dirasmikan Oleh Tuan Guru Besar SK Lenggong.

YM Raja Azizur Rahman Bin Raja Omar


H1N1

Pelajar-pelajar dikehendaki peka terhadap kes-kes demam, batuk dan selsema berikutan dengan penularan penyakit H1N1 di Malaysia. Sekiranya anda ada mengalami simptom-simptom penyakit tersebut segera beritahu kepada ibu bapa masing-masing.

 

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-52 AKAN DIADAKAN PADA 17 OGOS 2009 BERTEMPAT DI TAPAK PERHIMPUNAN


Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: